Tak Rela Berjauhan Dengan Anak Walau Hanya 2 Malam. Anzalna Nasir T0lak Tawaran Jenama Terkenal Australia

Baru-baru ini tular di media sosial gambar seorang wanita membawa bersama anaknya yang merupakan orang kurang upaya (0KU) bvtakekal ketika bekerja sebagai penghantar makanan.

Kisah wanita itu turut mendapat perhatian pelakon Anzalna Nasir kagum dengan semangat wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal gigih bekerja untuk mencari pendapatan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Anzalna berkongsikan kehidupannya berubah selepas mempunyai cahaya mata.

 

“RESPECT! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ni.

“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan.

“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Dalam pada itu, Anzalna berkata dia menerima tawaran jenama terkenal dari negara Australia namun terpak$a dit0lak kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak.

“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama yang terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran tu.

“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya pak$a pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri,” katanya.

Anzalna mendirikan rumahtangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Tak Rela Berjauhan Dengan Anak Walau Hanya 2 Malam. Anzalna Nasir T0lak Tawaran Jenama Terkenal Australia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*