“Kita Kena Terima, Mereka Sebagai Guru.” Dina Tak Ambil Hati Komen Tegas Ramli MS

Penyanyi Dina Nadzir tidak terasa atau kecil hati dengan komen yang diberikan ketua juri, Datuk Ramli MS susulan persembahannya dalam menyampaikan lagu Hijau di saingan minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9), malam tadi.

Menurut Dina, sebagai peserta sebuah pertandingan, dia terbuka dengan komen terutamanya daripada pihak juri profesional.

“Kita kena terimalah. Mereka sebagai guru, apa yang diperkatakan kita terima. Kalau tak terima, bila kita nak belajar,” katanya.

Ditanya sama ada dia sedar akan nyanyian kurang menambat hati juri, Dina menyifatkan ia terjadi atas banyak sebab.

“Mungkin kerana ada perasaan gement4r ketika di atas pentas, lebih-lebih lagi secara langsung. Banyak benda yang boleh jadi tak betul kalau menyanyi ‘live’.

“Mungkin waktu raptai kita hanya tumpukan kepada persembahan sahaja. Tapi bila hari kejad1an itu, kita kena fikirkan juga audiens, muzik, persembahan dan sebagainya.

“Juri pula ada di depan. Malah giliran pun boleh mainkan peranan. Contohnya ketika raptai saya buat persembahan nombor dua. Tapi malam tadi, giliran saya lain pula,” katanya lagi.

Dina bagaimanapun tidak mahu menjadikan status kesihatan sebagai alasan.

“Jadi ada banyak benda kena fikir dalam masa yang sama, termasuk keadaan suara. Macam semalam (suara) okay, tiba-tiba bila malam rasa kering pula.

“Bila cakap soal nyanyian, ia suatu yang subjektif. Tapi saya tidak pernah cerita, Tok Naz (Syafinaz Selamat) yang d3dahkan.

“Memang saya pernah beritahu, sebelum ini dijangk1ti C0v1d-19, tapi tidak menjadikan h4l tersebut sebagai alasan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Kita Kena Terima, Mereka Sebagai Guru.” Dina Tak Ambil Hati Komen Tegas Ramli MS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*