Penampilan Mira Filzah ‘Difilter’ Suami. Nak Tengok Penampilan ‘Puan Amirah’ Berbanding Mira Filzah

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah mengakui dia bukanlah pakar dalam berfesyen dan hanya menggayakan apa yang selesa sahaja.

Memetik Xtra, menerusi satu temu bual program bual bicara, Mira berkata selepas mendirikan rumah tangga, suaminya, Wan Emir Astar turut memberi teguran mengenai penampilannya.

“Bagi saya apa yang simple dan selesa itu dah menunjukkan saya tetapi bila saya pergi ke sesebuah acara saya juga akan guna khidmat penata gaya.

“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ berbanding Mira Filzah. Dia ada bertanya “make up ada macam Puan Amirah tak hari ini”. Jadi dia faham penampilan saya macam mana.

“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”. Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” katanya.

Dalam temu bual itu, Mira turut berkongsikan dia tidak memuat naik sebarang perkongsian ketika hamil sebelum ini kerana dikritik oleh netizen berikutan wajahnya yang cengkung.

“Ketika dalam proses awal kehamilan, saya tak suka post dalam media sosial ketika itu muka saya sedikit cengkung. Saya makin kurus ketika itu, muka cengkung, berat badan pun lambat naik walaupun saya tidak mengalami muntah-muntah.

“Sampaikan saya muat naik gambar di media s0sial, sampaikan ada netizen kata “kenapa cengkung sangat ni? Tak bahagia lah tu. Dalam hati saya ketika itu ger4m dan sebab itu saya tak suka media so$ial ketika itu. Jadi benda sebegitu yang buat saya $tress.

“Tapi syukur suami saya seorang pendengar yang baik. Saya rasa setiap kali saya luah sesuatu kepada dia, saya puas,” katanya.

Mira Filzah mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir pada 3 September 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Wan Khair Amir kini berusia hampir 7 bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Penampilan Mira Filzah ‘Difilter’ Suami. Nak Tengok Penampilan ‘Puan Amirah’ Berbanding Mira Filzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*