Berat Badan Naik Selepas Bersalin, Uyaina Arshad Tidak Melatah Ditegur Peminat

MASALAH utama wanita selepas bersalin ialah untuk menurunkan berat badan. Situasi itu tidak terkecuali dialami oleh pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad yang baharu melahirkan anak sulungnya pada 8 September lalu menerusi pembed4han.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad ada membuat sesi soal jawab bersama pengikutnya menerusi nstagram di ruangan ‘Ask Me Question’.

Antara soalan diterima oleh pengacara berusia 30 tahun itu adalah mengenai perubahan bentuk badannya. Uyaina mengakui badannya naik selepas bersalin anak sulung.

Uyaina berkata dia sedar tentang perubahan tersebut dan ianya membuatkan Uyaina berasa agak $edih walaupun kenyataan itu benar.

“Menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” tulisnya.

Menurut Uyaina lagi, dia kini dalam fasa menurunkan berat badannya secara perlahan-lahan. Ujarnya lagi, dia juga faham mengenai kesan selepas bersalin secara pemb3dahan.

“Dah dua bulan selepas bersalin. $iksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga makan.

“Tapi perlahan-perlahan terutama sekali sebab saya bersalin pemb3dahan. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surely,” katanya. 

Uyaina mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki diberi nama Raja Urhan pada 8 September lalu. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Berat Badan Naik Selepas Bersalin, Uyaina Arshad Tidak Melatah Ditegur Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*