Cari ‘job’ Sebab Bapa $akit, Melia Aimelia Sangat Berterima Kasih Dapat Tawaran Berlakon Dari A. Aida

Pelakon Melia Aimelia terharu apabila luahannya berhubung mencari ‘job’ mendapat perhatian penerbit popular, Datuk A. Aida yang menawarkan dia satu watak dalam sebuah telefilem.

Menurut laporan mStar Online, selepas kisahnya tvlar di media s0sial, pelakon berusia 28 tahun itu dihubungi wakil syarikat A. Aida Production bagi memaklumkan tentang tawaran tersebut.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk A. Aida kerana membuka peluang buat saya kembali sebagai pelakon dan dia seorang yang baik hati walaupun pertama kali kami berjumpa.

“Alhamdulillah selepas kisah saya disiarkan sebelum ini, saya ada terima panggilan telefon daripada pihak A. Aida Production.

“Selepas berbincang dengan ayah dan ibu, mereka memberi keizinan dan Insya Allah ini merupakan permulaan buat saya sebagai pelakon selepas lama menghilangkan diri,” katanya.

Pelakon filem Karipap-Karipap Cinta itu berkata, tawaran itu dapat meringankan beb4n ahli keluarga apatah lagi bapanya mengh1dap kan$er serta mempunyai adik berstatu$ orang kurang upaya (OKU).

Kredit foto: BH Online

“Niat saya hanya satu ingin membantu mengurangkan beb4n keluarga dan Insya Allah pendapatan yang diterima boleh digunakan untuk tujuan r4watan bapa yang sedang mel4wan kan$er.

“Ini adalah keajaiban daripada Allah SWT, dengan doa-doa orang di luar sana yang mendengar r1ntihan dan suara hati saya serta keluarga.

“Saya mungkin tak sempat baca semua komen tetapi ibu memberitahu sangat ramai mendoakan kami. Terima kasih buat semua dan mStar kerana sudi membantu Melia sekeluarga,” ujarnya.

Tambah Melia lagi, dia menyifatkan penerbit berkenaan baik hati walaupun pernah membuat kenyataan kontroversi berhubung pemilihan pelakon yang hanya berdasarkan paras rupa sahaja.

Sementara itu, A. Aida berkata, dia mahu memberi peluang selepas membaca kisah pelakon tersebut selain dimaklumkan netizen di laman Instagram supaya tampil membantu.

Terdahulu, Melia atau nama sebenarnya Noor Aimelia berkata, dia terpaksa mengorbankan kerjaya demi menjaga bapa yang terlantar s4kitdimana j4ngkitan sudah merebak pada beberapa bahagian organ badan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: mStar Online (Faiz Izzat)

Be the first to comment on "Cari ‘job’ Sebab Bapa $akit, Melia Aimelia Sangat Berterima Kasih Dapat Tawaran Berlakon Dari A. Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*