Dr Amalina Amal Sendiri & Kongsi Tips Penjagaan Selepas Bersalin – ‘Kurangkan Minum Air Manis’

Ramai sedia maklum bahawa Dr Amalina baru saja menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Arabella Mia malah mampu untuk keluar bersiar-siar bersama anak perempuannya selepas seminggu bersalin.

Kongsi tips penjagaan lepas bersalin

Ekoran daripada itu, Dr Amalina berkongsikan tips penjagaan selepas bersalin yang diamalkan sendiri olehnya sebagai seorang doktor setelah mendapat pertanyaan orang ramai.

Ujarnya lagi, dia hanya mengamalkan cara penjagaan yang disarankan oleh pakar osbstetrik dan juga amalan sendiri yang berdasarkan kajian saintifik.

Amalkan makanan seimbang, minum air kosong

Dr Amalina yang berkongsikan tips tersebut menerusi media s0sialnya menjelaskan bahawa pemakanan yang sihat dan juga seimbang untuk seumur hidup sangat digalakakan dengan mengurangkan garam, gula serta minyak.

Malah, para ibu juga digalakkan untuk minum air sebanyak 2 ke 3 liter sehari dan kurangkan minum minuman manis. Bukan itu saja, perbvatan mengangkat barang lebih berat dari bayi juga perlu dielakkan selama enam minggu.

Elak hvbungan $eks, sokongan suami penting

Hubungan sek$ bersama suami juga perlu dielakkan selagi d4rah lochia tidak berhenti atau sekurang-kurangnya enam minggu selepas bersalin.

Dr Amalina turut menegaskan bahawa penjagaan kesihatan mental amat penting dan sokongan daripada suami sangat-sangat diperlukan untuk memudahkan urusan para ibu menguruskan kebajikan anak serta diri sendiri.

Tegasnya lagi, penjagaan itu seeloknya dilakukan seumur hidup dan bukan hanya untuk tempoh 44 hari selepas bersalin demi mendapatkan kesihatan yang berterusan.

 

Sumber: Dr Amalina

Be the first to comment on "Dr Amalina Amal Sendiri & Kongsi Tips Penjagaan Selepas Bersalin – ‘Kurangkan Minum Air Manis’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*