“Kalau Dia Jodoh Saya, Apa Salahnya” – Shuib Akhirnya Mengaku Berkawan Rapat Dengan Usahawan

FOTO pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib bersama anak-anak yang dimuat naik di Instagram mencur1 tumpuan netizen apabila memperlihatkan kel1bat seorang wanita dipercayai turut bersamanya ketika itu.

Tampil menjawab $pekulasi itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan wanita berkenaan yang juga merupakan seorang usahawan.

Tidak menolak jika bertemu jodoh dengan wanita itu, Shuib memohon agar peminat mendoakan urusan tersebut dipermudahkan jika diizinkan oleh Allah SWT.

“Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan maka itulah sebenarnya. Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan.

“Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya,” katanya kepada mStar.

Pada Selasa, tvlar gambar Shuib makan malam bersama anak-anak di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah pantulan di cermin memperlihatkan sosok tubuh seorang wanita sedang merakam gambar Shuib dan anak-anaknya.

Usahawan itu dipercayai bernama Watie Hanifiah iaitu merupakan wanita sama yang pernah heboh diperkatakan sebelum ini.

Sementara itu, Shuib berkata dia kini lebih mengutamakan anak-anak dalam mencari teman hidup baharu.

“Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang. Mereka perlukan kasih sayang dan sentuhan seorang wanita. Kalau orang ini yang boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan.

“Takut nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib juga berharap netizen tidak terlalu cepat membuat kesimpulan atau mudah menjatuhkan hukum apabila timbul cerita dia berkawan rapat dengan mana-mana wanita.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga meluahkan rasa kecewa disebabkan tanggapan sesetengah pihak yang seakan-akan lebih mengetahui mengenai jodohnya.

Sumber; MStar

Be the first to comment on "“Kalau Dia Jodoh Saya, Apa Salahnya” – Shuib Akhirnya Mengaku Berkawan Rapat Dengan Usahawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*