Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Salsabil Qur’ani

Pelakon veteran, Mustapha Kamal mengaku berat hati untuk membenarkan anak perempuannya, Salsabil Qur’ani, 19, atau Bil untuk terbab1t dalam dunia lakonan.

Mustapha, 60, berkata, dia bagaimanapun enggan terlalu berkera$ dalam menentukan hala tuju Salsabil yang meminati kerjaya itu.

“Sepanjang 35 tahun terbab1t dalam dunia seni, sudah pasti sudah banyak perkara yang saya tahu dalam bidang seni. Ada yang saya rasakan tidak sesuai untuk dia (Bil) menjadi pelakon. Walaupun susah nak jelaskan keb1mbangan ini, tetapi adalah sesuatu yang membuatkan saya b1mbang.

“Sebenarnya saya tidak gemar anak-anak menjadi artis, tetapi melihat minat dia cenderung ke arah itu, saya okey saja,” katanya.

Terdahulu Bil menjadi perhatian ramai apabila wajah jelitanya menjadi sebutan dalam kalangan netizen.

Bukan saja mewarisi rupa paras bapanya, Bil juga mewarisi kejelitaan ibunya yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia 1993 dan pelakon, Susan Manen.

Menurut Mustapha, sebagai bapa yang juga masih aktif berlakon, dia terpak$a memilih watak yang bersesuaian dengan Bil selain selalu menasihatkannya menjaga disiplin jika mahu berjaya.

“Dia masih di bawah jagaan saya. Kalau ada watak yang tidak sesuai dengan umurnya saya akan t0lak. Dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan, saya sentiasa menasihati anak-anak supaya perlu ikhlas dan jaga disiplin serta pandai bawa diri. Insya-Allah akan berjaya di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Bil mengaku kerjaya lakonan memberi kepvasan berganda kepada dirinya dan tidak menolak jika ini akan menjadi satu kerjaya tetap.

“Saya suka dengan apa yang dilakukan sekarang ini. Namun, semuanya terpulang kepada ayah kerana dia sangat memilih. Kalau dia tidak benarkan saya tidak akan terima.

“Apa saja tawaran yang diterima saya akan rujuk dulu kepada ayah. Dia juga akan sentiasa ikut menemani saya ke lokasi penggambaran,” katanya.

 

Sumber: Hmetro

Be the first to comment on "Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Salsabil Qur’ani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*