“Wafariena Memang Cantik, Tapi Ramai Lagi Perempuan Lain Pun Cantik” – Iqbal

Usahawan Iqbal Zulkefli memberi respons terhadap kenyataan aktres, Wafariena Roslan yang mengaku tidak selesa apabila terdapat $pekulasi l1ar selepas foto mereka berdua menjadi bualan ramai.

Sebelum itu, Wafariena yang terkenal dengan watak Nurul Ain mempersoalkan tujvan usahawan tersebut yang did4kwa mahu mendekati dirinya.

Berikutan itu, Iqbal tampil menjelaskan bahawa dia tiada sebarang niat tertentu, jauh sekali melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan semata-mata.

“Awal-awal sebelum v1ral lagi, saya dah maklum Wafa, saya buat sesuatu semuanya bertujuan bukan hanya ikut perasaan sahaja. Dan Wafa pun tahu sebab itu Wafa ambil gambar bertentangan mata.

“Semuanya untuk kebaikan bersama. Kita berlakon bersama. Tiada kaitan dengan “cari rezeki yang berkat dan hormat menghorm4ti”,” tulisnya yang kini bergelar seorang aktor.

Usahawan berusia 28 tahun itu berkata demikian pada ruangan komen di Facebook Oh My Media yang menerbitkan artikel berhubung luahan Wafariena petang tadi.

Tambah Iqbal, dia bersikap baik dan menghorm4ti semua individu sepanjang menjayakan penggambaran bagi sebuah telefilem bersama aktres berkenaan baru-baru ini.

“Bukan tak kenal saya di set penggambaran macam mana saya hormat dan baik semua orang. Realitinya, Wafa memang cantik. Tetapi ramai lagi perempuan lain pun cantik,” katanya.

Terdahulu, Iqbal memuat naik foto dengan aktres berusia 27 tahun itu bersama kapsyen “Saya hilang kata-kata nak diungkapkan. Boleh siapa bantu?” di laman Instagram sehingga mengundang g0sip tidak sepatutnya dalam kalangan netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Iqbal Zulkefli

Be the first to comment on "“Wafariena Memang Cantik, Tapi Ramai Lagi Perempuan Lain Pun Cantik” – Iqbal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*