Empat Kali Bersalin Secara Czer, Adira Suhaimi Ikut Nasihat D0ktor Supaya ‘Ikat Peranakan’

Selebriti dan penyanyi, Adira Suhaimi memaklumkan dia tidak terfikir untuk menimang cahaya mata kelima memandangkan dia sudah empat kali bersalin secara pemb3dahan cae$arean.

Ujar penyanyi yang berusia 31 tahun itu, dia telah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘1kat peranakan’ dengan mengikut saranan dan nasihat daripada doktor dan suami.

“Cukuplah dengan empat orang anak. Saya sudah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ik4t peranakan’. Bukan kerana saya jenis yang ‘subur’ atau bagaimana. Cuma saya sudah empat kali bersalin secara pemb3dahan cae$arean.

“Jadi mungkin akan ada risik0 kalau saya hamil lagi. Atas sebab tertentu dan nasihat d0ktor, saya bersetuju (ikat peranakan). Begitu juga dengan suami.

“Cukuplah dua lelaki dan dua perempuan. Biarlah saya fokus dengan empat orang cahaya mata ini. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya sudah lengkap.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, termasuk di dalam soal kerjaya juga,” katanya.

Bukan itu sahaja, Adira turut menjelaskan dia lebih selesa memberikan nama anak-anaknya yang lebih ringkas dan penuh dengan makna.

Jelasnya, orang di sekelilingnya akan lebih senang untuk menyebut dan memanggil anak-anaknya kelak sekaligus memudahkan urusan pihak lain.

“Saya suka nama anak yang ringkas. Mudah untuk kita ingat. Kalau di sekolah pun, orang akan panggil nama pendek juga. Jadi lebih baik untuk saya memudahkan.

“Apa nama yang diberikan, kita pun panggil itu sahaja. Macam Ayub dia tak kan boleh dipanggil pendek lagi kan? Nama tiga anak saya yang lain pun ringkas juga iaitu Anggrek, Asan, dan Anggun,”ujarnya lagi.

Sekadar info, Adira telah disatukan bersama  bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Media Hiburan 

Be the first to comment on "Empat Kali Bersalin Secara Czer, Adira Suhaimi Ikut Nasihat D0ktor Supaya ‘Ikat Peranakan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*