“Kalau Betul Iqbal Nak Kenal Wafa Lebih Dekat, Kenapa Tak Beritahu Dan Tanya Pada Saya”- Ibu Wafariena

Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa ke$al dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba mel1batkan anaknya dengan ‘gos1p cinta’ berbaur publi$iti murahan di media s0sial.

Memetik Harian Metro, Suzana turut berkongsikan cerita sebenar dimana Iqbal yang mengajak anaknya bergambar terlebih dahulu dengannya ketika di set penggambaran telefilem di Kelantan, baru-baru ini.

“Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.

“Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpal1t dengan publ1siti murahan sebegitu.

“Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama Wafariena sehingga ada yang mengatakan kedua-duanya dilihat sepadan dan meminta mereka segera berkahwin.

Bagaimanapun, Wafariena mengakui tidak selesa dengan pengakuan Iqbal yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekati dirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "“Kalau Betul Iqbal Nak Kenal Wafa Lebih Dekat, Kenapa Tak Beritahu Dan Tanya Pada Saya”- Ibu Wafariena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*