Berkelulusan Universiti Di Australia, Kelancaran Lando ‘Speaking English’ Kembali Tular

Paling mendapat perhatian sejak semalam adalah profil latar belakang calon Parlimen: P095 – Tanjong Karang, Lando Zawawi atau nama sebenar, Azlan Sani Za­­wawi.

Ketika ramai yang mengenali Lando menerusi drama terbitan SKOP Productions dan sebagai pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, rata-rata netizen terkejvt apabila mengetahui Lando Zawawi mempunyai kelulusan pengajian akademik di University Of Tasmania, Australia.

Dari situ, netizen mula berkongsi kembali satu sesi temu bual Lando dalam bahasa Inggeris bersama The Star setahun lalu mula tular kembali. Dalam temu bual tersebut, Lando bercakap dalam Bahasa Inggeris yang baik ketika bercerita tentang siapa Brotherhood dan mengapa mereka terdetik untuk menampal lvbang-lvbang di atas jalan raya yang kerap dipandang enteng oleh pihak berwajib.

“Kami sebenarnya tidak perlu buat semua ini (tampal jalan). Kami boleh balik tidur tetapi kami perlu buat kerana ramai yang sudah men1nggal dunia kerana potholes. Disebabkan itu kami di sini. Dan kami juga tidak mengharapkan apa-apa pulangan daripada kerja kami ini,” katanya dalam temu bual tersebut.

Netizen berkata dedikasinya dalam menjaga ny4wa pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dilihat antara sebab mengapa penduduk Tanjong karang perlu memberi peluang untuk Lando menjadi wakil rakyat mereka. Netizen menambah lagi Lando merupakan individu yang walk the talk, tidak sembang kosong dan buat sesuatu perkara hingga jadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Vocket

Be the first to comment on "Berkelulusan Universiti Di Australia, Kelancaran Lando ‘Speaking English’ Kembali Tular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*