“Alhamdulillah. Belakang Dah Tak Membengkok Lagi.” Zamani Sudah Dibenarkan Keluar Hospital

SELESAI menjalan1 pembed4han membetulkan tvlang belakang ak1bat penyak1t scol1osis pada Isnin lalu, penyanyi Zamani sudah dibenarkan keluar daripada hosp1tal pada Khamis.

Berita gembira itu dikongsikan oleh isterinya iaitu Nur Juliana Abd Rani yang turut memaklumkan keadaan Zamani kini semakin baik dan sudah boleh berjalan.

Dalam perkongsian terbaharu di Instagram itu, Juliana mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan kesihatan penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu.

“Alhamdulillah, Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan 0perasi pembed4han dan semua kakitangan hospital yang mengambil berat serta mendoakan Zamani,” katanya.

Zamani mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

Dalam pada itu, Juliana turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Aznil Nawawi dan semua individu yang membantu mendapatkan dana buat pembed4han suaminya itu.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Nil, semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani.

“Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” ujarnya.

Aznil Nawawi (tengah), antara individu yang membantu mendapatkan dana pembedahan.

Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur melihat perkembangan p0sitif yang ditunjukkan vokalis kumpulan Slam itu.

“Alhamdulillah, semoga cepat sembuh abang Zamani.

“Semoga Allah mempermudahkan urusan abang Zamani, cepat $embuh dan boleh berjalan seperti biasa,” tulis netizen.

Sebelum ini, Azil Nawawi menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang dilakukan untuk membantu Zamani sekitar Jun lalu.

Zamani mengh1dap penyak1t skoli0sis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin tervk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tvlang belakangnya melengkvng.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Alhamdulillah. Belakang Dah Tak Membengkok Lagi.” Zamani Sudah Dibenarkan Keluar Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*