Persahabatan Dipuji Netizen! Azah Aziz Sanggup Naik 23 Jam ‘Flight’ Hadir Perkahwinan Anak Shiera

Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah selamat menerima menantu apabila puteri sulungnya, Allisya Tahir, 23, disatukan dengan lelaki pilihan, Mohd Zulhisyamuddin dalam majlis satu pernikahan yang berlangsung pada Jumaat lepas.

Dengan Sekali Lafaz

Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Zulkifli Azhari atau Ijoy.

Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.

Azah Aziz Turut Hadir

Melihat di Instagram, ramai kenalan artis yang rapat berkongsikan saat-saat indah perkahwinan anak Shiera tersebut. Malah, rakan baiknya Azah Aziz yang kini menetap diluar negara juga turut hadir dalam majlis tersebut.

Azah Aziz juga turut menyatakan bahawa sebelum ini dia tidak dapat hadir perkahwinan Shiera disebabkan mengandung mengambil kesempatan kali ini untuk hadir perkahwinan anak Shiera. Malah Shiera juga menyatakan Azah sanggup datang walaupun terpaksa menaiki ‘flight’ selama 23 jam.

Dipuji Netizen

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)

Perkongsian gambar yang dimuat naik di Instagram Azah Aziz mendapat perhatian dari netizen. Ramai netizen yang memuji dan kagum dengan persahabatan yang terjalin antara kedua-dua sahabat ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)

Bukan itu saja, malah netizen juga turut memuji kecantikan kedua-dua artis ini yang kelihatan tidak dimakan usia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:Murai.my

Be the first to comment on "Persahabatan Dipuji Netizen! Azah Aziz Sanggup Naik 23 Jam ‘Flight’ Hadir Perkahwinan Anak Shiera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*