Bestnya Suara! Selepas Duet Dengan Calum Scott, Diana Danielle Lancar Lagu Bahasa Inggeris Sulung.

Diana Danielle terus mengorak langkah dalam bidang seni suara menerusi lagu Bahasa Inggeris pertamanya berjudul Shine On.

Lagu ini membawa pesan pemerkasaan dalam mengatasi keraguan dan menepis segala rasa negatif yang datang. Diana mengambil inspirasi dari pengalaman peribadinya sendiri serta kisah-kisah mereka yang bersangkutan, yang pernah meragui harga diri masing-masing hanya kerana tanggapan orang lain atau keadaan sekeliling.

 

“Kita semua pernah berada di situ, sama ada di sekolah, kerja ataupun perhubungan peribadi di mana kita dibuat untuk merasa seolah-olah kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri atau apa yang dilakukan tidak mencukupi.

“Ia satu senario yang ramai di antara kita perlu hadapi setiap hari dan melalui “Shine On”.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

“Saya hanya mahukan sebuah lagu yang sesiapa sahaja mendengarnya akan mengerti bahawa mereka tidak perlu rendahkan keyakinan diri mereka supaya orang di lain berasa selesa. Saya rasa ada kuasa tersendiri dalam menjadi seorang individu,” ujarnya.

Bait lirik “Catching up with my better self, no one’s holding you back but yourself” yang membawa maksud ‘mengikuti kata hati sendiri, tiada siapa yang menghalang kecuali diri mu sendiri’ telah membantu membentuk video muzik lagu ini dengan menunjukkan perbezaan saat berada di satu tempat yang suram berbanding saat mendapat pencerahan melalui masa silam sukar yang pernah dilewati dalam hidup.

Pelancaran ini menandakan kesungguhan Diana sebagai seorang penyanyi dengan lebih banyak perancangan penghasilan muzik di masa hadapan.

Sebelum ini Diana pernah ditampilkan dalam lagu Calum Scott berjudul “Heaven”, sewaktu dipilih khas untuk mewakili Malaysia semasa kolaborasi Calum di Asia Tenggara lewat Universal Music Malaysia dan sempat mendendangkan lagu itu sewaktu konsert Calum di Kuala Lumpur pada bulan Oktober.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Diana daniel

 

Be the first to comment on "Bestnya Suara! Selepas Duet Dengan Calum Scott, Diana Danielle Lancar Lagu Bahasa Inggeris Sulung."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*