‘Haris Nak Pen, Neelofa Sanggup Naik Ke Tingkat Tiga’ – Noor Kartini

Dalam episod keempat program ‘Next To Neelofa 2’, secara eksklusif ibu kepada selebriti terkenal, Datin Noor Kartini berkongsi bibit-bibit percintaan antara Neelofa dan suami, Haris Ismail.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Noor Kartini mended4hkan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila yang mula mengh1du detik berputiknya cinta.

Kata Noor Kartini, Nabila memberitahu Neelofa sanggup naik ke tingkat tiga semata-mata mahu mengambil pen untuk Haris.

Mula-mula sekali, masa bulan puasa kan, mama tengah masak, Nabila mari (datang) ke mama. Dia kata Neelofa suka dengan Haris.

Dia kata masa tengah belajar, Haris nak pen. Neelofa sanggup naik ke tingkat tiga, pergi ambil pen (sambil ketawa).

Nabila kata, ‘pelik adik aku.’ Selepas itu, dah tahu sendiri yang ada sesuatu (antara Neelofa dan Haris).

Doa untuk anak-anak

Dalam pada itu, usahawan terkenal berumur 56 tahun turut berkongsi doa yang sering dititipkan buat anak-anak tercinta.

Ya Allah, jadikan anak aku setiap yang memandangnya dipandang dengan kasih sayang. Setiap tutur katanya, menusuk jiwa yang mendengarnya.

Ya Allah jadikan setiap ayunan kakinya, setiap ayunan tangannya, setiap degup jantungnya, setiap denyutan nadinya menjadi ibadah kepadanya. Berzikir untuknya.

Jadikan seluruh makhluk alam, makhluk mu Ya Allah, langit dan bumi bertasbih untuknya. Untuk keselamatannya, untuk mengangkat darjatnya.

Video:

Next To Neelofa musim kedua menampilkan Datin Noor Kartini, Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah Liyana, Tya Ariffin, Ziana Zain dan Ustazah Oki.

Next To Neelofa yang dihoskan sendiri oleh Neelofa bersiaran pada hari Sabtu, jam 10 malam.

Sumber: TikTok @efftii

Be the first to comment on "‘Haris Nak Pen, Neelofa Sanggup Naik Ke Tingkat Tiga’ – Noor Kartini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*