Tak Kisah Berhujan Panas Dengan Suami. Elizabeth Tan Akui Dia Dan Suami Tiada Kereta

Ramai sedia maklum bahawa penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Siew Jim sekitar Mac 2021 dan mereka dilihatkan semakin bahagia selepas lebih setahun bergelar suami isteri.

Pergi mana-mana naik motor

Baru-baru ini, Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy memuat naik satu video di TikTok miliknya yang menunjukkan keterujaan suaminya untuk mendapatkan set permainan PS5 baharu. Tapi lain pula yang menjadi bualan netizen…

Ini kerana, mereka dilihatkan selamba ke pusat membeli belah dengan menaiki motosikal walaupun dalam keadaan yang hujan. Malah, Lizzy juga tidak $egan $ilu mengakui bahawa dia dan juga suami tidak mempunyai kereta sendiri.

Bila excited dapat beli PS5 tapi kena naik motor (kami berdua memang tak ada kereta sendiri hahahaha).

Angkut helmet baru masuk ‘mall’

Perkongsian penyanyi lagu Semua Sudah itu mendapat pujian peminat kerana dia tidak kisah pergi ke mana-mana menaiki motosikal bersama suami malah turut ada yang mengimbau kenangan masing-masing semasa baru mendirikan rumah tangga kerana pernah mengalami situasi sama seperti Elizabeth Tan.

Bukan itu saja, Elizabeth Tan juga sempat membalas komen daripada netizen yang bertanyakan tentang keadaan helmet milik mereka berdua semasa masuk ke dalam pusat membeli-belah kerana risau sekiranya dicur1 orang.

Kalau pegi mall helmet bawa masuk sekali ke? Macam mana nak pastikan helmet tu takkan dirembat orang kalau tinggal?

Helmet yang saya bawa masuk helmet baru, helmet lama kami tinggalkan kat motor je hahahaha.

Video:

@elizabethtsm Sanggup weh 🤣 otw balik hujan lebat pulak tu hahahah #fyp ♬ Funny Song – Cavendish Music

 

 

Sumber: TikTok @elizabethtansm

Be the first to comment on "Tak Kisah Berhujan Panas Dengan Suami. Elizabeth Tan Akui Dia Dan Suami Tiada Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*