“Hantar Makanan Sambil Jalan Kaki..” Ibu Tunggal Terharu Terima Motosikal Pemberian Dari UEL

SEORANG ibu tunggal berumur 23 tahun yang senang disapa sebagai Emi sebak selepas Ebit Lew menghadiahkannya sebuah motosikal.

Wanita berkenaan yang mempunyai tanggungan seorang anak bekerja sebagai walker Foodpanda untuk menyara hidup.

Selain itu, Emi juga bekerja sambilan sebagai pembantu restoran dan menetap di sebuah flat di sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram @ebitlew, pendakwah itu berkata dia terharu dengan kesungguhan ibu muda ini keluar mencari rezeki.

Emi tidak dapat menahan $ebak ketika melihat motosikal yang dihadiahkan kepadanya.

“Suami dah lama terp1sah. Masih proses m4hkamah.

“Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah di sebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” tulis Ebit Lew.

Menurut Ebit, Emi sudah lama melihat pasukannya menabur bakti kepada masyarakat dan tidak sangka kini giliran dirinya untuk dibantu.

“Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Emi mengakui dia sememangnya sedang mengumpul duit untuk membeli sebuah motosikal dan tidak sangka perkara itu menjadi realiti secepat ini dengan pertolongan Ebit.

“Semoga Allah jaga adik, jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat,” doa Ebit.

Ebit sempat berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha membantu Emi.

 

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Hantar Makanan Sambil Jalan Kaki..” Ibu Tunggal Terharu Terima Motosikal Pemberian Dari UEL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*