Tak Melatah Digelar ‘Lapik Kaki’, Dr Zulkifli Puji Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’

ULANG kicau yang dibuat bekas menteri di Jabaran Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri lirik lagu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Malique berjudul Aku Maafkan Kamu mencur1 perhatian netizen.

Zulkifli menerusi kapsyen Twit tersebut turut memuji lagu ciptaan bekas angg0ta kumpulan Too Phat tersebut dan netizen tidak menyangka bekas mufti itu boleh meneka ia lagu Malique hanya berdasarkan beberapa baris lirik.

“Bagus lirik lagu Malique ini,” tulisnya ringkas.

Zulkifli mengulang kicau Twit berkenaan selepas seorang individu menggelarnya sebagai ‘lapik kaki’ selepas mendakwa dia tidak menegur t1ndakan segelintir ahli politik yang menggunakan t4ktik k0tor dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Zulkifli dalam hantaran berbeza menjelaskan tvduhan itu dibuat berkemungkinan disebabkan individu berkenaan kurang membaca tulisannya di media s0sial.

“Saya yakin saudara kurang baca tulisan saya. Setiap hari saya muat naik nasihat dan teguran di Telegram, Facebook dan Instagram untuk semua parti dan calon.

“Gerakkan jari dan baca. Panggil ‘lapik kaki’ bukan satu pendekatan baik untuk tegur. Kita tegur untuk orang ikut kita, bukan jauh daripada kita,” tulisnya.

Zulkifli dituduh tidak menegur ahli politik yang sedang berkempen bersempena PRU15.

Sementara itu, di bahagian komen ramai pengikut Zulkifli secara berseloroh meminta Zulkifli untuk merakamkan lagu dengan penyanyi rap berkenaan.

Zulkifli yang membalas komen tersebut memberitahu kolaborasi itu nanti bakal menjadi sebuah lagu nasyid dan bukannya genre hip hop seperti mana lagu Aku Maafkan Kamu.

Rata-rata netizen terhibur dengan komen balas bersahajanya selain kagum dengan respon terhadap individu yang disifatkan biadab terhadapnya.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tak Melatah Digelar ‘Lapik Kaki’, Dr Zulkifli Puji Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*