Tak Pernah Keluar Berdua, Shuib Akui Anak-Anak Selesa Dengan Watie – ‘Doakan Saya Dapat Jodoh Yang Baik’

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak yang juga penyampai radio iaitu Shuib Sepahtu kerap menjadi bualan orang ramai selepas dilihatkan pantulan sosok tubuh Watie terpancar di cermin sewaktu mereka keluar makan bersama dengan anak-anak.

Semasa ditemui oleh wartawan, Shuib mengatakan bahawa pada awalnya dia tidak perasan tentang pantulan itu sewaktu memuat naik gambar tersebut sehinggalah menerima beberapa komen dari orang ramai yang mengatakan mereka ternampak pantulan Watie.

Ujarnya lagi, mereka tidak pernah keluar berdua sahaja sebaliknya sentiasa bersama-sama dengan anak-anak ataupun keluarga kerana sudah saling mengenali dan juga selesa bersama dengan Watie.

Sekarang ni saya memang utamakan ke$ihatan mental anak-anak. Saya faham diorang perlukan seorang wanita dan semua pun seronok dengan dia.

Bukan senang nak jaga empat orang anak

Shuib juga menegaskan bahawa tidak mudah untuk menjaga keempat-empat orang cahaya matanya dan mengakui bahawa kriteria Watie yang penyayang, pandai melayan kerenah anak-anak serta penyabar menyebabkan dia selesa berkawan dengan usahawan berkenaan.

Bukan itu saja, Shuib turut meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang f1tnah tentang dirinya kerana anak-anaknya kini sudah pandai membaca dan tahu tentang 1su yang berkaitan dengan dirinya selain dari mengharapkan doa orang ramai supaya dia mendapat jodoh yang baik.

Komen netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment on "Tak Pernah Keluar Berdua, Shuib Akui Anak-Anak Selesa Dengan Watie – ‘Doakan Saya Dapat Jodoh Yang Baik’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*