Isteri Kena T4han Di Hospital, Pengantin Lelaki Bersanding & Makan Beradab Sendiri – ‘Tabahnya Dia’

Di TikTok, seorang lelaki terpaksa bersanding seorang diri gara-gara isterinya perlu ditahan di hospital akibat masalah kesihatan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh individu digelar Syaf, hari yang sepatutnya menjadi detik bersejarah itu bertukar pilu apabila dia terpaksa bersanding dan makan beradab seorang diri tanpa kehadiran isteri di sampingnya.

Malah, momen istimewa itu juga telah dinanti-nanti selama setahun.

Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri, isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan. Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti.

Difahamkan, pasangan pengantin berkenaan telah pun melangsungkan pernikahan semasa tempoh PKP tahun lalu dan terpaksa menunggu setahun untuk majlis persandingan tersebut kerana tuntutan kerja.

Ruangan komen pula dibanjiri dengan pelbagai ucapan, doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini.

 

Sumber: TikTok

Be the first to comment on "Isteri Kena T4han Di Hospital, Pengantin Lelaki Bersanding & Makan Beradab Sendiri – ‘Tabahnya Dia’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*