Janna Nick Beri Gambaran Hubungan Sudah Berakhir Dengan Dini Schatzmann

Nama pelakon dan penyanyi, Janna Nick menjadi perbualan h4ngat dalam kalangan netizen gara-gara status ‘single’ yang dimuat naik di media $osial, semalam. Menerusi satu rakaman video di TikTok, rata-rata netizen mendakwa Janna dan kekasihnya iaitu Dini Schatzmann sudah putu$.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, memuat naik hantaran seakan-akan memberi gambaran bahawa cinta mereka sudah pun berakhir.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisinya.

Pelakon itu turut menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Terdahulu, Janna ada memuat naik sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang seolah-olah menjelaskan status terbaharu dirinya.

Dalam video tersebut, dia memperkenalkan dirinya sebagai Janna, berusia 27 tahun, single dan tidak suka membuka bungkusan sambal.

Status dimuat naik aktes itu membuatkan peminat terkejut namun mendoakan hubungannya dengan Dini, 28, dalam keadaan baik.

“Seriuslah Janna Nick dah kembali single. Semoga yang baik-baik buat awak.

“Single itu bujang, bukan single tiada kekasih,” komen peminat di TikTok.

Setakat ini, Janna tidak memberi sebarang kenyataan berhubung status ‘single’ yang dimuat naik olehnya. Bahkan, Dini juga tidak membuka mulut berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Sumber: Janna Nick

Be the first to comment on "Janna Nick Beri Gambaran Hubungan Sudah Berakhir Dengan Dini Schatzmann"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*