Da’i Syed Kini Tunangan Hana Ismail, Umie Aida Titip Pesanan Buat Da’i Syed

Baru-baru ini pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk mengahwini pengacara, Hana Ismail.

Pasangan itu bagaimanapun telah mengikat tali pertunangan seperti yang disahkan oleh pelakon Umie Aida di laman Instagramnya, semalam.

Menerusi video dan gambar yang dimuat naik Umie Aida, dia yang hadir sebagai tetamu di majlis pasangan tersebut berkongsi kemeriahan majlis kecil itu yang kelihatan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagian sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. Jaga amanah ini sebaiknya.

Semoga adikku berdua dalam lindungan dan Rahmat-Nya. #majlismerisikdanbertunang

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Sementara itu, Da’i Syed sempat memunaik naik gambar dan kapsyen agar segalanya dipermudahkan buat mereka di Instagram Storynya, semalam.

Dalam pada itu, Umie turut berpesan kepada Syed untuk menjaga Hana dan mendoakan mereka berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Terdahulu tular foto memperlihatkan Syed dan Hana bersama ibu masing-masing dalam sebuah majlis.

Bagaimanapun, Syed enggan mengulas mengenainya dan hanya memberitahu ia pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih dekat antara satu sama lain.

 

Sumber: Oh bulan

Be the first to comment on "Da’i Syed Kini Tunangan Hana Ismail, Umie Aida Titip Pesanan Buat Da’i Syed"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*