Hasrat Wings Kerjakan Umrah Berlima Tercapai, Peminat Titip Doa Agar Selamat Pergi Dan Balik

Kumpulan rock lagenda Wings dikhabarkan sudah pun berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah pada Rabu petang.

Menerusi satu hantaran di Instagram rasmi kelab peminat kumpulan tersebut, Sayap-Sayap Wings berkongsi beberapa gambar memaparkan ahlinya iaitu Datuk Awie, Blak, Eddie, Syam dan Edrie yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ada hantaran berkenaan, Wings memohon doa daripada orang ramai agar ibadah Umrah mereka dipermudahkan.

“Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi, semoga Wings peroleh Umrah yang maqbullah, Allahumma Amin.

“Doakan urusan Wings disana dipermudahkan dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan sempurna,” tulisnya pada kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SAYAP-SAYAP WINGS (@sayap2wings)

Sementara itu, menerusi muat naik terbaharu di Instagram milik Awie, dia turut berkongsi beberapa foto bersama ahli keluarga dan peminatnya sewaktu berada di KLIA buat tatapan umum.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menyampaikan ucapan selamat dan mengirimkan doa buat kumpulan rock tersebut agar ibadah Umrah mereka dipermudahkan.

Jelas Awie, hasrat mereka untuk ke Tanah Suci Mekah akan dilakukan usai menjayakan Konsert Naga Kramat mereka yang telah pun berlangsung pada 22 Oktober lalu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Azhar bin Othman (AWIE) (@awieofficial)

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Hasrat Wings Kerjakan Umrah Berlima Tercapai, Peminat Titip Doa Agar Selamat Pergi Dan Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*