Ifa Raziah Hadiahkan Anak Kereta BMW Sempena Hari Jadi Ke-17

Penyanyi Ifa Raziah membuat kejvtan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili sebuah kereta BMW 3 Series (e30) sempena ulang tahu kelahirannya yang ke-17.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ifa berkongsikan video kejutan buat anaknya itu serta memberitahu kereta BMW itu merupakan kereta idaman anaknya.

“Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah ‘birthday boy’. Selamat hari jadi,” katanya.

Menurut Ifa lagi, anaknya itu belum ada lesen memandu dan akan mengambilnya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

“Dia belum ada lesen lagi. Nanti dia akan ambil lesen selepas SPM. Tak buat SPM betul-betul, siap!,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Dalam video tersebut, Ifa turut menyertakan kapsyen mendoakan buat anaknya agar dirmuahkan rezeki serta menjadi anak yang soleh.

“Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Ifa Raziah Hadiahkan Anak Kereta BMW Sempena Hari Jadi Ke-17"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*