“Nak Angkat Mata Pun Tak Larat…” Netizen Kesian Tengok Keadaan Pengulas PRU15,

Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini sememangnya mempunyai debaran yang luar biasa sampaikan topik PRU15 menjadi bualan hangat di media sosial dalam beberapa hari ini. Selain daripada calon yang bertanding, pengulas berita dan petugas media juga antara individu penting yang menjadi tumpuan ramai.

Kebiasaannya pada waktu ini, kebanyakan petugas media terpak$a bersengkang mata dan mengorbankan masa tidur mereka untuk menyampaikan keputusan terkini PRU15. Sama seperti seorang penganalisis politik Malaysia yang menjadi bualan ramai ini iaitu Dr. Mohammad Tawfik Yaakub yang bersama-sama mengulas sambil menantikan keputusan rasmi.

Di dalam video yang tvlar itu, dapat dilihat keadaan pengulas berita yang kelihatan begitu penat sekali dengan matanya yang layu dan mengantuk. Difahamkan, penganalisis politik itu bersama-sama petugas media yang lain mengulas mengenai keputusan rasmi PRU15 sehingga ke lewat pagi.

Perkongsian video itu juga turut membuatkan ramai yang memahami kepenatan yang dialami oleh mereka kerana terpaksa berjaga sehingga ke lewat pagi. Malah ada juga yang sama-sama menunggu sehingga ke lewat pagi untuk menantikan keputusan rasmi PRU15 kali ini.

Video:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat pengulas berita itu yang masih meneruskan tugasnya walaupun dalam keadaan mengantuk seperti itu. Dalam masa yang sama, ada yang berselor0h mujur juga pengulas berita itu tidak tertidur dalam siaran langsung tersebut.

“Tak sempat balik rumah ni habis je terus barai dekat kerusi.”

“Hahaha aku tunggu dengan diorang ni sampai 3.30am je, tak larat tidur terus.”

“Perasan juga tengok tv live dia dari malam sampai ke pagi mengulas berita. Kesian hope seharian ni dia cukup tidur lah.”

“Jangan microsleep masa tengah live awani.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Hcl

Be the first to comment on "“Nak Angkat Mata Pun Tak Larat…” Netizen Kesian Tengok Keadaan Pengulas PRU15,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*