Penyokong Siap Nyanyi Lagu ‘Selamat Pengantin Baru’, Safawi Dijangka Kahwini Syifa Melvin Disember Ini

Nama pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid bukanlah asing lagi bagi warganet. Kejayaannya dalam dunia bola sepak Malaysia bukan calang-calang menyebabkan dia antara pemain kegemaran ramai. Malah apa sahaja dilakukannya tentu juga mencuri tumpuan warganet terutama di media sosial.

Satu muat naik video yang merakam aksi, Safawi Rasid, 25, di padang bagaimanapun tular terbaharu di media sosial apabila timbul satu d4kwaan dia yang dikatakan bakal berkahwin. Video berkenaan turut mendapat perhatian dengan meraih lebih 30,000 tanda suka selepas ia tular dikongsikan oleh seorang individu.

Dalam muat naik video pendek ini memaparkan Safawi Rasid iaitu pemain sayap untuk kelab Johor Darul Ta’zim JDT dan pasukan Malaysia ini berada di padang sambil ditonton oleh penyokong. Walau bagaimanapun, bukan itu yang menjadi tumpuannya kerana Safawi Rasid didengar dalam rakaman ini disorak dengan lagu pengantin.

Rakaman video pendek ini ternyata ditonton lebih 400,000 kali oleh warganet yang mana diruangan komen pula ada yang tertanya-tanya penyebab Safawi Rasid disorak lagu pengantin ini.

‘Safawi nak kahwin 3/12 dengan Syifa’

Kongsi Fadly1508jb tersebut membuatkan ratusan komen ditinggalkan apabila ada yang mend4kwa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti jelita yang juga dikenali sebagai adik kepada, Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin dan dikhabarkan sudah ada tarikh.

Video:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment on "Penyokong Siap Nyanyi Lagu ‘Selamat Pengantin Baru’, Safawi Dijangka Kahwini Syifa Melvin Disember Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*