Ebit Lew Hadiahkan Motosikal Untuk Minion Viral Di Teluk Cempedak

Kalau korang rajin layan TikTok, mesti akan lalu di FYP, perkongsian orang ramai tentang gelagat Minion viral yang sering menghiburkan pengunjung di Pantai Teluk Cempedak, Pahang.

Jadi tumpuan pengunjung

Disebabkan aksinya yang bersahaja dan juga lucu, maskot itu menjadi tumpuan pengunjung di sana terutamanya kanak-kanak walaupun identiti sebenar Minion tersebut masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Malah, disebabkan ‘kuasa viral’ dari TikTok, jumlah pengunjung ke pantai tersebut difahamkan semakin bertambah lagi-lagi sewaktu hujung minggu demi melihat sendiri gelagat Minion itu.

Ebit Lew hadiahkan motosikal

Ekoran itu, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi satu perkongsian video di media sosial miliknya, meluangkan masa bersama individu tersebut di Teluk Cempedak.

Selain memberi sejumlah wang sebagai bantuan, Ebit Lew turut menghadiahkan sebuah motosikal Ego Avantiz kepadanya untuk memudahkan dia mencari rezeki sebagai Minion dari 5 petang hingga 12 malam.

Difahamkan, individu tersebut merupakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan berasal dari Rompin, Pahang dan menyewa bilik di Kuantan bersama rakannya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Komen Netizen:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber : https://ohbulan.com/

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Ebit Lew Hadiahkan Motosikal Untuk Minion Viral Di Teluk Cempedak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*