“Saya Ni Orang Jahil & Fakir”- Shamsul Ghau Ghau Kongsi Detik Permulaan Hijrahnya

Baru-baru ini, tvlar sebuah video pelakon Shamsul Ghau Ghau berkongsi detik permulaannya untuk berhijrah dan istiqamah ketika menyampaikan ceramah di sebuah majlis ilmu.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu menyatakan penghijrahannya bermula sewaktu dirinya menjalani ibadah umrah yang kedua, di Tanah Suci Makkah.

Menerusi video yang berdurasi enam minit 23 saat itu, Shamsul mengakui dirinya begitu jahil sehingga terjadinya beberapa perkara yang membuatnya muhasabah diri dan kembali ke jalan yang benar.

“Turning point dia bermula apabila saya melakukan umrah yang kedua. Saya ni orang yang jahil dan fakir. Sampai sekarang pun saya jahil dan tak banyak ilmu. Saya ikut orang Makkatul Mukaramah.

“Nak sembahyang solat sunat, saya tak tahu solat sunat apa. Nak tawaf sunat pun kita penat. Jadi saya ambil yang paling simple tengok dapat pahala, tengok kaabah.

“Saya duduk dekat atas tangga tu sambil tengok kaabah. Dapat dua puluh rahmat saya pandang kaabah. Tanpa disedari, Allah persoalkan dalam kepala saya macam-macam perkara berkenaan akhirat,” katanya.

Malah, Shamsul juga menyatakan di saat dia sedang menikm4ti keindahan kaabah, seorang anak kecil datang duduk disebelahnya dan membaca Al-Quran dengan lancar.

Menurut Shamsul, ketika itu dia mula sedar bahawa dia sudah lupa cara untuk mengaji dan wujud rasa malu, sekali gus membuatnya nekad untuk memohon beberapa hajat yang diimpikan ketika itu.

“Di saat air mata mula turun tanpa henti saya minta kepada Allah agar diampunkan d0sa, minta agar diberikan keizinan untuk berkahwin, dikurniakan anak yang soleh dan solehah, ada rumah dekat dengan masjid dan dianugerahkan kembali pandai mengaji seperti dulu,” katanya.

Video:

Menerusi tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dari warganet sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai orang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Xtra

Be the first to comment on "“Saya Ni Orang Jahil & Fakir”- Shamsul Ghau Ghau Kongsi Detik Permulaan Hijrahnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*