“Saya Tengok Dia Dalam Keadaan Lem4h..”- Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Zainal Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

Bekas suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin dimaklumkan aktres itu sudah ditidurkan atas beberapa faktor antaranya untuk memperbaiki pernafasan.

Belum mempunyai kesempatan untuk melawat, Faliq bagaimanapun berkata dia ada bertemu dengan Nad di rumah dan ketika itu bekas isterinya kelihatan lemah.

“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.

“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lem4h.

“Awalnya, saya tak tahu dia $akit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digega$kan ke h0spital dengan ambulan,” katanya kepada Gempak.

Faliq turut memberitahu dia ada melawat dua orang anak mereka iaitu Fahad Ibrahim (Yem), 6, dan Budi Kalsom (Som), setahun yang kini dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.

Menurut Faliq, Fahad Ibrahim atau Yem seakan-akan memahami situasi memandangkan anak sulungnya itu melihat sendiri ibunya dibawa naik ambulan.

“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadan baik.

“Mereka pun tak berapa faham sangat… cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Ungku Ismail memaklumkan aktres Nad Zainal yang masih dirawat di unit rawatan rap1 (ICU) ak1bat paru-paru berd4rah kini dalam keadaan kritikal.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Saya Tengok Dia Dalam Keadaan Lem4h..”- Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Zainal Sebelum Dikejarkan Ke Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*