“Bila Nak Kahwin Dengan Fara?” – Abby Abadi Bahan Shuk Sahar Depan-Depan

Baru-baru ini perkongsian pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila memaparkan pelawak Shuk Sahar yang datang ke rumahnya untuk menghantar produk wajah.

Menerusi video dimuat naik di TikTok itu, Abby bertanyakan kepada pelawak itu bila dia akan berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Fara yang did4kwa orang ketiga kemelut rumah tangga Shuk dan isterinya, Rossa Sera.

“Farah sihat? Bila nak kahwin dengan Farah? Wujud lagi tak Farah?,” tanya Abby.

Video:

@abbyabadi112 @shuksahar datang yey! lama tak jumpa adik akak sorg ni.. dah kawen belum? hahaha. @Rossa Sera dah cantik menawan skrg, nyesal tak? 😂😝 sorry2 akak geram ngan awk tak habis lagii 😂🤣 Dan yg pasti org2 Singapore jumpa kami nanti di singapore ye pada 25-27November ini di Marina Bay Sand. Sy tumpang booth Sahabat Sy @Azza Elite yg tentu akan bawak sejadah cantik gebu utk dijual/di infakkan nanti. Sy tentu bawak Rempeyek, kek choc mosit, kerepek pisang power Sy, Shuk bawak serum saranghae dia ni ya.. Dtg tauuu ke Marina Bay Sand. Jumpa nanti 🥰 #fyp #shuksahar #budakbaik #adaanakcomel #tapinakaltakhabislagi ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

Dalam video tersebut, dapat dilihat Shuk dilihat hanya ketawa apabila mendengar soalan yang ditanyakan Abby itu dan seolah-olah tidak selesa.

“Apa ni kak? B4haya nya video dia ni,” kata Shuk.

Dalam pada itu, Abby turut memohon maaf pada kapsyen video tersebut serta mengatakan dia sememangnya suka membahan Shuk.

Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan usikan tersebut serta mengatakan secara depan-depan Abby membahan pelawak itu.

Sementara itu, Rossa Sera juga dilihat turut meninggalkan komen pada perkongsian itu seolah setuju dengan usikan Abby.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Bila Nak Kahwin Dengan Fara?” – Abby Abadi Bahan Shuk Sahar Depan-Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*