“Saya Pernah Kena Bulii…” Dah 20 Tahun Nina Iskandar Pakai ‘Jantung Bateri’

Pelakon Nina Iskandar akhirnya bongkar bahawa dirinya sudah 20 tahun bergantung pada perentak jantung atau ‘jantung bateri’.

Menurut Nina pada mulanya berasa malu untuk mendedhkan perkara berkenaan kerana kurang keyakinan diri sewaktu kecil.

Namun kali ini, anak seni kelahiran Brunei itu pasti perkongsiannya boleh memberi manfaat kepada orang lain.

“Kalau sesiapa tak tahu, inilah pacemaker (orang melayu panggil bateri).Tidak semua orang tahu bahawa saya telah menggunakan perentak jantung sejak saya berumur 11 tahun.

“Saya pernah dibul1 di sekolah menengah kerana bawa cara diri yang berbeza, dan saya akan malv untuk mengakui bahawa hidup saya bergantung 100% pada perkara kecil ini, kerana takvt bahawa orang akan menilai saya.

“Apabila saya semakin dewa$a, saya belajar untuk menerima hakikat bahawa kita semua istimewa dengan cara kita sendiri. Walaupun kita mungkin tidak sama, saya telah menjalani hidup saya dengan baik tetapi berbeza sedikit.

“Saya tidak malu untuk mengakuinya kerana saya tidak nampak sebab mengapa saya perlu menyembunyikannya lagi. Malah, saya bangga dengan diri saya sendiri, terpaksa hidup dengan perentak jantung 20 tahun dalam hidup saya dengan kekuatan yang saya tidak pernah tahu ada dalam diri saya.

“Saya memilih untuk melihatnya sebagai satu rahmat untuk ditakdirkan dengan cara ini,”katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar)

Nina berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik fotonya bersama perentak jantung berkenaan.

Nina kini sudah digantikan dengan perentak jantung yang baru untuk bersama dengannya lagi sepuluh tahun akan datang.

“Kepada bekas perentak jantung yang dihormati, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada saya sejak 12 tahun yang lalu (2010 – 2022).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar)

“Dan kepada perentak jantung baharu saya, ini adalah untuk satu dekad lagi! Jom jalani kehidupan dengan sepenuhnya,” ucapnya.

 

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "“Saya Pernah Kena Bulii…” Dah 20 Tahun Nina Iskandar Pakai ‘Jantung Bateri’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*