“Sayalah Ibu Dan Sayalah Ayah..”-Pandu Lori Kontena Demi Sara Lima Anak, Raih Pujian Ramai!

Peribahasa Melayu ‘Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’ itu antara peribahasa yang melambangkan betapa seorang wanita bergelar ibu, meskipun di luarnya  mempunyai sifat lemah lembut namun bukanlah suatu yang mustahil dapat menyumbang tenaga yang luar biasa untuk keluarganya bahkan sekali gus untuk negara.

Inilah yang dapat dikaitkan dengan kisah seorang ibu tunggal ini dalam membesarkan anak-anaknya. Sungguh untuk dia menjadi ibu dan dalam masa yang sama menjadi bapa untuk mencari rezeki,  bukanlah mudah.

Namun demi anak-anak, ibu ini kuat dan perkara inilah yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok @nur87ladytruckers. Wanita yang dikenali sebagai Nurazlinda Mahadi memilih untuk menjadi seorang pemandu lori kontena bagi menyara lima orang anaknya itu.

“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata,” kata Nurazlinda melalui video yang dikongsikan.

Ketika berada di rumah, Nurazlinda akan menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya, yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan empat anak perempuan.

Video:

Namun, watak ibu itu sekelip mata berubah ketika dia berada di luar rumah, di mana wanita berpurdah ini  mencari rezeki dengan melakukan tugas seorang bapa iaitu sebagai pemandu lori kontena.

Kisahnya ini cukup memberi inspirasi buat wanita yang lainnya, hinggakan setiap kali berkongsi video berkenaan kerjayanya sebagai pemandu kontena sering mendapat perhatian dan pujian daripadan warganet.

Komen netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment on "“Sayalah Ibu Dan Sayalah Ayah..”-Pandu Lori Kontena Demi Sara Lima Anak, Raih Pujian Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*