Heboh Bakal Nikahi Syifa Melvin Esok, Safawi Rashid Pula Minta Peminat Jangan Sibuk

PEMA1N bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rashid meminta netizen tidak mengambil tahu tentang khabar angin mengatakan dia bakal berkahwin dengan pelakon dan pempengaruh media s0sial, Syifa Melvin pada 28 November 2022.

Enggan mengesahkan perkara itu, Safawi, 25, sebaliknya meminta peminat tidak mencampuri atau berasa bimbang dengan siapa dia bakal berkahwin dan meminta nantikan sahaja sekiranya ada berita gembira.

“Korang fasal kahwin, korang jangan tahulah, bila saya nak kahwin, dengan siapa saya nak kahwin.

“Ada rezeki, jodoh, saya akan kahwin. Korang jangan risau, nantikan sahaja,” katanya menerusi sebuah video di TikTok.

Safawi minta peminat jangan ambil tahu bila tarikh kahwin.

Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa kecewa apabila pemain bola sepak berkenaan dilihat cuba menyembunyikan perkara baik meskipun tarikh dan kad undangan perkahwinan mereka sudah tersebar.

Meskipun memahami priva$i yang dimahukan pasangan tersebut namun peminat berpendapat ada baiknya mereka berterus terang dengan perkara tersebut.

“Benda dah ‘kantoi’ buat apa sorok… 3 Disember ini dia sanding, patah hati saya nanti,” komen netizen.

“28 November belah perempuan, tema putih, 3 Disember pula belah lelaki. Sepupu dia beritahu saya.

Malah ada menyambut perkara itu sebagai berita baik ekoran prestasi Safawi di padang bola sejak seperti hilang fokus sejak akhir-akhir ini.

Kad undangan perkahwinan Safawi dan Syifa tersebar.

“Penalti dah banyak kali tak masuk Safawi, baik kahwin cepat. Bercinta heboh, takkan kahwin nak sorok,” tulis netizen.

Sebelum ini, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, juga enggan mengesahkan perkara tersebut meskipun kad undangan majlis bertanding di pihak lelaki tersebar di media sosial.

Kata Syifa, dia enggan menghebahkan tentang perkahwinannya itu kerana masih belum ada ikatan yang sah di antara mereka.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Heboh Bakal Nikahi Syifa Melvin Esok, Safawi Rashid Pula Minta Peminat Jangan Sibuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*