Bakal Bersalin Tahun Depan. Shura Baharom Buat Kejutan Pada Suami

PENYANYI Syura Badron berasa kekok apabila disahkan hamil selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat Ismail Januari lalu.

Syura atau Zuraidah Badron, 36, berkata, perasaan itu timbul kerana kali terakhir dia hamil adalah sekitar 11 tahun lalu namun bersyukur diberikan rezeki oleh Allah.

“Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun tapi Alhamdulillah dapat rezeki anak awal.

“Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lepas, jadi perasaan itu agak kekok seperti mengandung anak pertama.

Syura buat kejutan kepada suaminya.

“Alhamdulillah kehamilan anak keempat ini tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma kadangkala saya sakit tekak dan mengalami demam,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Syura ditemui selepas membuat persembahan di separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) yang berlangsung di Plaza Alam Sentral pada Sabtu.

Penyanyi itu terdahulu mengumumkan di Instagram sedang hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada Mac 2023.

Syura turut membuat kejutan kepada suami dengan menghadiahkan kotak misteri yang tersimpan pakaian bayi dengan tertera perkataan ‘You Are Going To Be a Dad Soon’.

Dalam pada itu, Syura berkata, suaminya tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk menimang cahaya mata secepat ini apatah lagi usianya yang semakin meningkat.

 

Malah kata Syura, mereka berdua pernah berbincang secara mendalam tentang kemungkinan dia tidak dapat memberikan zuriat memandangkan Muhd Farizat tidak pernah berkahwin sebelum ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 Januari lalu.

“Sebelum bernikah kami pernah bincang mengenai soal anak kerana usia saya sudah menjangkau 36 tahun… jadi banyak perkara bermain di fikiran apatah lagi suami tidak pernah berkahwin sebelum ini.

“Tapi dia sudah menegaskan bahawa dia tidak kisah seandainya kami tidak diberikan rezeki anak dan memahami keadaan saya.

“Bagaimanapun sebaik tahu saya disahkan hamil dia orang paling gembira,” katanya.

Anak-anak turut teruja dengan berita kehamilan ibu mereka.

Tidak hanya suami, Syura turut teruja melihat ketiga-tiga anaknya tidak sabar menanti kelahiran adik mereka.

Untuk rekod ini merupakan perkahwinan kedua Syura selepas bercera1 dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.

 

Sumber; Mstar

Be the first to comment on "Bakal Bersalin Tahun Depan. Shura Baharom Buat Kejutan Pada Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*