“Duit Boleh Cari, Tetapi Masa Berharga Dengan Ibu, Tak Boleh Dibeli” – Chef Wan

Dulu, pant4ng anak-anak s4kit demam mulalah resah si ibu menjaga permata hati tidak kira siang dan malam. Bila anak dah meningkat dewasa, jadi tugas anak pula menjaga orang tua seperti mana mereka menjaga waktu kecil dulu.

Bagi yang mengenali dan mengikuti chef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail pasti tahu individu yang lebih dikenali sebagai Chef Wan ini tinggal bersama ibunya, Noraini Abdullah yang juga kini mengalami dementia serta disahkan menghidap kans3r payudara.

Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga orang tua terutama apabila menguruskan bab yang berkaitan dengan kesihatan. Pujian harus diberikan pada Chef Wan kerana beliau sabar dan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik menjaga ibunya yang kini sudah berusia 90 tahun dan lebih mesra dipanggil Cik Ani.

Baru-baru ini, Chef Wan mended4hkan beliau telah menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Chef Wan berpendapat program bagi rancangan-rancangan tersebut memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang untuk tempoh penggambaran.

“Pihak pengarah sebuah stesen tv berbayar mahukan saya mengacarakan program 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu, Januari hingga Februari untuk menjelajah dalam satu negeri sahaja. Pihak penaja mahukan saya juga sebab sudah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program hari raya.

“Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran. Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelog di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya di bahagian kapsyen perkongsian tersebut.

Bagaimanapun, Chef Wan berat hati untuk menerima tawaran tersebut selepas mengetahui perkembangan terkini mengenai peny4kit k4nser payud4ra ibu yang semakin merebak, beliau keberatan untuk berjauhan lama dengan ibunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Saya asyik terfikir macam manalah hendak menjelajah ke tengah Asia. Untuk merakamkan program ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyak1t k4nser ibu saya sudah semakin mereb4k. Saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran tersebut,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Chef Wan memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran program pada bulan yang lain.

“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya j4tuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati hendak bekerja bukan? Jika lokasi dekat, satu jam atau dua jam penerbangan, bolehlah balik. Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya.

“Saya juga minta pihak stesen tv tersebut untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan Mei atau Jun. Mereka bersetuju. Alhamdulillah.” tambahnya.

“Ibu kita ni la satu2nya…Duit bila2 boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi my time and precious moment with my mom can never be bought again.😔😔”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang dilakukan oleh Chef Wan dalam keikhlasan beliau menjaga ibunya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Chef Wan,keluarga

Be the first to comment on "“Duit Boleh Cari, Tetapi Masa Berharga Dengan Ibu, Tak Boleh Dibeli” – Chef Wan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*