“Kenyataan Disalah Ertikan..” Ungku Ismail Tak Mahu Lagi Update Keadaan Sahabatnya, Nad Zainal

Pasti ramai tahu, sejak Nad Zainal dimasukkan ke h0spital akibat j4ngkitan kvman dalam paru-paru, rakan artis iaitu Ungku Ismail sering berkongsikan mengenai perkembangan terkini aktres itu kepada umum.

Bagaimanapun, Ungku Ismail meluahkan rasa kecewa apabila setiap perkembangan terkini mengenai Nad Zainal disalah erti oleh segelintir pihak.

“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan perkembangan terkini tentang Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini bat4k dan gel0joh tentang perhubungan dan kerja.

“Seolahnya saya ini mengambil ke$empatan daripada keadaan ini untuk promosi diri dan kerja sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kem4tangan saya,” katanya.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu juga, Ungku Ismail berkata dia tidak akan berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang lebih mahu meng0rek kisah per1badinya.

“Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya. Ini waktu untuk memberitahu update tentang kesihatan Nad.

“Dan, saya yakin ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan $ensitif tanpa menghorm4ti keperibadian masing-masing.

“Mulai hari ini saya tidak akan memberi apa-apa statement update lagi tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber lain,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Kenyataan Disalah Ertikan..” Ungku Ismail Tak Mahu Lagi Update Keadaan Sahabatnya, Nad Zainal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*