Azzam Sham Selamat Bergelar Bapa… Peluang Teman Isteri Di Dewan Bersalin Pengalaman Paling Berharga

PASANGAN penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie selamat menyambut cahaya mata pertama mereka pada malam Ahad.

Sheryl, 23, melahirkan bayi perempuan seberat 2.89 kilogram secara pemb3dah4n di sebuah pusat perub4tan di Petaling Jaya.

Berkongsi berita gembira itu, Azzam atau Muhammad Azzamuddin Lop Hisham, 25, meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak mereka dipermudahkan.

“Alhamdulilah, isteri telah selamat melahirkan anak. Baru sahaja keluar bilik pemb3dahan. Isteri dan anak dalam keadaan sihat,” katanya ringkas kepada mStar.

Azzam dapat menemani isteri di bilik b3dah.

Azzam dapat menemani isteri di bilik bed4h.

Berkongsi pengalaman menyambut kelahiran anak mereka, kata Azzam dia berpeluang berada di sisi Sheryl dalam bilik pemb3dahan.

Kata Azzam, dapat menyaksikan sendiri proses pemb3dahan membuatkan dia insaf selain tidak dapat membayar harga pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheryl Shazwanie (@sherylshazwanie)

“Sebenarnya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.

“Saya dapat masuk ke bilik pemb3dahn dan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” ujarnya.

Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.

Pasangan ini mengumumkan bakal menyambut cahaya mata pertama mereka pada Julai lalu ketika usia kandungan Sheryl memasuki lima bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Azzam Sham Selamat Bergelar Bapa… Peluang Teman Isteri Di Dewan Bersalin Pengalaman Paling Berharga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*