“Dilayan Dengan Manja..” Beza Usia 32 Tahun, Netizen Kagum Lihat Pasangan Ini Hidup Bahagia

Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah ungkapan sesuai digambarkan buat pasangan pengantin merpati dua sejoli yang selamat disatukan walaupun berbeza umur hampir empat dekad.

Umur bukan penghalang

Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita ini, menerusi perkongsiannya di laman TikTok, dia menceritakan kisah percintaannya yang memilih suaminya sebagai peneman hidup meskipun mempunyai beza usia s32 tahun.

Umur bukan penghalang jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita. Moga mama dan Abie bahagia selalu. Moga kekal hingga jannah.

Difahamkan, wanita terbabit berusia 29 tahun manakala suaminya, 61 tahun dan telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun bersama.

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan syukur sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suaminya itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan perempuan.

 

Sumber: TikTok @nashkay99

 

Be the first to comment on "“Dilayan Dengan Manja..” Beza Usia 32 Tahun, Netizen Kagum Lihat Pasangan Ini Hidup Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*