“Tepukan Gemurvh Sebaik Nama Dipanggil..” Hawa Rizwana Hadiri Konvokesyen, Berjaya Tamat Pengajian Sarjana Dengan CGPA 3.78

Hawa Rizwana Redzuan satu sama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia yang mengorak langkah sebagai seorang wartawan penyiaran dan kemudiannya bergelar pembaca berita dan hos kepada pelbagai rancangan ternama menjadi contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana.

Satu perkara tentang gadis ini, dia sentiasa dahagakan ilmu. Anak kelahiran Illinois, Amerika Syarikat ini memberanikan diri menyambung pengajian ke peringkat sarjana biarpun dia tahu jadualnya sentiasa padat.

Memetik dari sumber REMAJA, Hawa berkata, “Sebab saya memang sangat-sangat minat belajar, memang hasrat selepas tamat ijazah sarjana muda saya mahu menyambung terus. Tetapi waktu itu telah bermula sebagai wartawan penyiaran dan pengacara. Lebih kurang setahun setengah kemudian baru saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana.”

Berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Gadis cantik yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.78 ini berkongsi keterujaan apabila dia bakal naik ke pentas utama bagi menerima sijilnya sempena konvokesyen UiTM ke-95 hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

“Saya berasa teruja, ini umpama big day saya. Kalau orang lain wedding adalah big day mereka. Bagi saya konvokesyen ini merupakan big day saya setelah berhempas pulas belajar selama dua tahun. Saya mula belajar sejak Mac 2019 dan tamat pengajian pada Januari 2021. Hampir dua tahun menunggu majlis konvokesyen,” ujarnya penuh teruja.

Melalui fasa pengajian dengan dua mode yang berbeza disebabkan pandem1k, pengacara rancangan MeleTOP ini berkongsi kisah, “Disebabkan pandemik saya sempat ke kelas lebih kurang dua semester sahaja, kemudiannya dua semester lagi pengajian dilakukan secara online. Alhamdulillah dapat lalui pengalaman berbeza secara fizikal dan juga online.”

Tidak mahu perjalanan akademiknya terhenti diperingkat sarjana sahaja. Hawa turut memasang impian untuk ke peringkat lebih tinggi. “InsyaAllah kalau ada rezeki saya mahu sambung pengajian ke peringkat PhD pula,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:IG Hawa Rizwana,remaja

Be the first to comment on "“Tepukan Gemurvh Sebaik Nama Dipanggil..” Hawa Rizwana Hadiri Konvokesyen, Berjaya Tamat Pengajian Sarjana Dengan CGPA 3.78"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*