Timang Cahaya Mata Ke-3. Netizen Harap Anak Lee Chong Wei Ikut Jejak Langkahnya Suatu Hari Nanti

BEKAS jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya, pada Isnin.

Dalam satu hantaran di Facebook, Chong Wei memaklumkankan isterinya, Datin Wong Mew Choo selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Anson Lee.

Chong Wei turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama isteri dan permata hati mereka sejurus selepas dilahirkan.

“Terima kasih kepada isteri tersayang saya atas segala pengorbanan,” tulis Chong Wei.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)

Hantaran di Facebook setakat ini meraih lebih 770 shares dan dibanjiri lebih 7,000 komen rakyat Malaysia yang tidak putus menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Selebriti tempatan seperti Zizan Razak, Johan, Radin Era juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di atas kelahiran anggota baharu dalam keluarga jaguh badminton itu.

“Tahniah Datuk! Next champion!

 

“Selepas adik beradik Sidek, kita ada adik beradik Lee masa akan datang!

“Tahniah Datuk dan Datin. Selamat datang Anson Lee,” demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, pasangan tersebut mempunyai dua cahaya mata lelaki, Kingston dan Terrance Lee.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Timang Cahaya Mata Ke-3. Netizen Harap Anak Lee Chong Wei Ikut Jejak Langkahnya Suatu Hari Nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*