“Apa Yang Kita Ada Bila-bila Masa Allah Boleh Tarik Balik..” Noralbaniah Tak Kisah Kerja Cleaner

Rata-rata peminat sudah ada yang mengetahui pelakon senior Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie kini berkerja sebagai tukang cuci.

Beberapa hari lalu, pelakon senior Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie ada memuat naik beberapa keping foto dirinya memakai baju seragam ‘cleaner’ atau tukang cuci tandas di akaun Instagram miliknya.

Kongsi aktres berusia 49 tahun ini mengakui menerima pelbagai persoalan daripada peminat gara-gara memakai baju seragam ‘cleaner’ berona biru.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NORALBANIAH (@noralbaniah)

“Kecoh pasal post gambar pakai baju clennner semalam. Ada yg call tanya…betul ke…!sebenarnya bagi saya ape salahnya. Sesiapa pn boleh post ape2 pun.

“Kalau saya clenner, itu satu pekerjaan yg baik. Halal..kalau tak keje, u all nak bagi duit ke?.. Susah, org lagi kutuk. Tak kan nak tunjuk yg hebat2 dan mewah jer dalam IG. Not me….,” tulisnya.

Sekadar infomasi, Noralbaniah memulakan karier lakonan sekitar pada tahun 1989 dan telah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Sudarman Daud pada tahun 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sudarman men1nggal dunia pada 10 Jun 1996 ak1bat naha$ jalan raya.

 

Foto: Instaram Noralbaniah

Be the first to comment on "“Apa Yang Kita Ada Bila-bila Masa Allah Boleh Tarik Balik..” Noralbaniah Tak Kisah Kerja Cleaner"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*