“Alhamdulillah, $ebak Tengok. Terima Kasih Bimbing.” Faizal Tahir Ajar Mualaf Lafaz Syahadah

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi, Faizal Tahir di laman Instagram mendapat perhatian ramai sehingga meraih pujian di mana ramai tersentuh hati dengan tindakan murni dilakukan oleh selebriti berusia 44 tahun.

Menerusi video dikongsikan, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir dilihat sedang mengajar seorang lelaki mualaf mengucap dua kalimah syahadah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

“Alhamdulillah, seronok tengok usaha sahabat.” Itu komen yang diberikan pelakon Ashraf Muslim.

Video mengenai perkara itu dikongsikan Faizal menerusi laman Instagram miliknya.

Tidak menyertakan penjelasan lanjut mengenai intipati video berkenaan, Faizal sebaliknya menulis maksud sepotong ayat Surah An-Nasr buat tatapan umum.

“Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taub4t. Surah An-Nasr (“The Help”).

Rata-rata yang menonton video itu merasa tersentuh hati dengan keikhlasan Faizal dalam membantu saudara baharu bagi mendalami dan mengenali agama Islam dengan lebih dekat.

“Alhamdulillah terima kasih bang membimbing saudara baru mengenal Islam.

“Alhamdulillah syukur, semoga Allah memudahkan urusan mendalami Islam pada saudara baru kita, amin.

“Bestnya, terbaik bang, nak menangis tengok.

“Respect you brother FT.

“Alhamdulillah, besar pahala bang,” komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Foto:  Instagram Faizal Tahir

Be the first to comment on "“Alhamdulillah, $ebak Tengok. Terima Kasih Bimbing.” Faizal Tahir Ajar Mualaf Lafaz Syahadah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*