Niezam Zaidi Temui Ketenangan Join Tabligh

Pernah melalui episod hitam dalam kehidupan, pelakon Niezam Zaidi mengakui kini jiwanya lebih tenang dan gembira dengan menyertai kumpulan tabligh dari Bangladesh.

Menurut Niezam, 30, penyertaannya dalam kumpulan itu banyak membuka matanya mengenai kehidupan selain melakukannya ikhlas kerana niat kepada Allah SWT.

“Bila ada satu turning point telah berlaku dalam hidup saya, kemudian saya fikir sesuatu perkara yang saya buat hanya kerana Allah dan tak boleh ikut kepala otak sendiri.

“Bila niat saya kerana Allah, segalanya berjalan dengan lancar. Saya ada juga join satu kumpulan tabligh dari Bangladesh dan dekat situ, saya rasa sangat gembira dan saya menyukainya.

Niezam atau Muhammad Niezam Mohd Zaidi, 30, berkata, dia juga bergiat aktif menyertai kumpulan tabl1gh sekiranya mempunyai masa lapang bagi mendekatkan diri dengan Allah.

Sebelum ini ada kumpulan tabligh daripada Bangladesh yang datang ke kampung saya untuk menyertai mereka.Cara mereka membuatkan hati saya tersentuh dan mengambil keputusan menyertai mereka apabila mempunyai waktu terluang.

Niezam Zaidi Temui Ketenangan Join Tabligh

Pernah melalui episod hitam dalam kehidupan, pelakon Niezam Zaidi mengakui kini jiwanya lebih tenang dan gembira dengan menyertai kumpulan tabligh dari Bangladesh.

Menurut Niezam, 30, penyertaannya dalam kumpulan itu banyak membuka matanya mengenai kehidupan selain melakukannya ikhlas kerana niat kepada Allah SWT.“Bila ada satu turning point telah berlaku dalam hidup saya, kemudian saya fikir sesuatu perkara yang saya buat hanya kerana Allah dan tak boleh ikut kepala otak sendiri.

Niezam berkata, itu bukan bererti dia mahu meninggalkan dunia lakonan sebaliknya akan terus berlakon selagi bakatnya diperlukan.Perubahan yang sedang dilakukan juga bukan bererti dia lebih bersikap selektif terhadap watak diberikan kepadanya.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Niezam Zaidi Temui Ketenangan Join Tabligh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*