Pemain Sayap JDT, Safawi Rasid Kini Sah Bergelar Suami Syifa Melvin

Selepas beberapa hari kunci mulut, akhirnya pempengaruh Syifa Melvin dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid selamat disatukan sebagai suami isteri pada malam Isnin.

Syifa, 28, sah bergelar isteri kepada Safawi, 25, dengan sekali lafaz sekitar pukul 8.46 malam dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya.Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Amirol Melvin dan aktor Shaheizy Sam.

Pemilik nama Muhammad Safawi Rasid menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin kepada Syifa.

Pilih warna krim

Syifa dan Safawi masing-masing kelihatan cukup berseri-seri dalam persalinan berona krim, manakala dekorasi dewan berkonsepkan dalam taman bunga.
Majlis terbabit dihadiri lebih 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Antara artis yang turut hadir adalah kakak Syifa, Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Uyaina Arshad, Raja Syahiran dan Lia Natalia.

Terdahulu, pasangan sejoli ini ‘mengunci mulut’ mengenai pernikahan mereka meskipun kad undangan majlis ijab dan qabul sudah tersebar.

Menerusi video dengan kapsyen ‘Malam Berinai Syifa Melvin & Safawi Rasid’ berdurasi 13 saat di akaun miamia_mia11 itu, keduanya tersenyum menunjukkan tangan mereka.

Sebuah video penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Safawi di stadium baru-baru ini turut tular dan terdapat netizen berkongsi kad jemputan majlis bertandang mereka bakal berlangsung pada 3 Disember.

 

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Pemain Sayap JDT, Safawi Rasid Kini Sah Bergelar Suami Syifa Melvin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*