“Segaknya Hampa Wei” Syatilla Melvin Dan Adik-Beradik Dipuji Cantik Dimajlis Pernikahan Syifa

Malam tadi pasangan Syifa Melvin dan Safawi Rashid telah selamat bernikah. Biarpun pelbagai gosip timbul, namun pasangan ini memilih untuk menutup mulut hinggalah selesai majlis akad nikah mereka yang berlangsung di Hotel Hilton.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga dan rakan rapat. Safawi menghadiahkan mas kahwin sebentuk cincin kepada Syifa Melvin.

Syatilla Melvin dan adik-beradik jadi perhatian

Bagaimanapun, keluarga dan adik-beradik Syifa Melvin turut mencuri perhatian ramai ketika majlis tersebut. Beberapa foto yang dimuat naik dengan paparan Syatilla Melvin dan adik-beradik yang lain ketika majlis tersebut telah membuatkan ramai memuji mereka.

Berikut adalah beberapa foto yang dimuat naik oleh pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin di laman Instagram miliknya:

 

 

Sebelum ini hanya empat orang adik-beradik ini yang sentiasa menonjol. Rupanya mereka sebenarnya ada lima beradik yang mana masing-masing memang terserlah kecantikan di majlis berkenaan.

Syatilla Melvin sempat bergurau

Di ruangan kapsyen pula, Syatilla sempat bergurau dengan menyatakan sebelum ambil foto berkenaan dia tercari-cari mana adik-beradiknya lagi seorang. Kemudian baru dia tersedar seorang lagi jadi pengantin.

“Sebelum amik gambaq ni, aku mencari mana lgi sorang. Rupanya dialah pengantin”

Malah di ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji kecantikan Syatilla Melvin dan adik-beradik mereka ini. Berikut antaranya:

“Segak hampa semua aih…”

 

“Perh Tilla macam bride dah..Shoo Shantik!”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Segaknya Hampa Wei” Syatilla Melvin Dan Adik-Beradik Dipuji Cantik Dimajlis Pernikahan Syifa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*