Dengan Sekali Lafaz TikTokers Terkenal Nelysa Norazlan Kini Sah Bergelar Isteri Orang

Bermula daripada hanya berkongsikan video suka-suka bersama tutorial makeup santai, siapa sangka wanita muda berusia 24 tahun bernama Nelysa Norazlan ini sudah layak digelar antara influencers yang paling popular di TikTok. Malah baru-baru ini juga dia siap dijemput dalam satu segmen di rancangan ‘MeleTOP’.

Namun semalam boleh kata sangat mengejutkan apabila tiada angin tiada ribut, wanita tersebut berkongsikan moment siaran live sewaktu majlis pernikahannya bersama pasangan iaitu Multazam Nasir. Sedangkan sebelum ini, Nely serta rakan-rakan yang lain tiada satu pun memuat naik sebarang update tentang persiapan sempena hari bahagia tersebut. Dengan sekali lafaz sahaja, TikTokers berkenaan selamat bergelar sebagai seorang isteri.

Mengenakan persalinan sedondon putih gading, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga di dalam majlis serba meriah di ibu kota.

Memanjat rasa syukur, Muhammad Multazam menerusi Instagram menitipkan dedikasi sejurus bergelar raja sehari.

“Alhamdulillah pada 27/11/2022 dengan sekali lafaz sah aku menjadi suami kepada Nelysa binti Norazlan.

“Perkenalan dan penantian selama 8 tahun telah berakhir dengan perkahwinan, syukur Alhamdulillah ya Allah.

“Semoga Allah memberi keberkatan dalam hubungan ini. Segala ujian dan cabaran akan kita hadapi bersama, semoga kita kvat dan tabah menempuhnya,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut berdoa agar berjaya menjadi suami dan ketua keluarga yang baik selepas ini.

“Pesanan buat diriku. Aku harap aku akan dapat beri nafkah yang secukupnya padamu wahai isteriku dan aku janji aku akan menjadi suami yang terbaik buatmu.

“Maafkan aku jikalau aku membuat kesilapan, dan bagi lah aku peluang untuk mengubahnya.

“Kepada isteriku Nelysa, aku harap kau taat pada aku dan menjadi isteri yang mithali. Tegurlah aku jika aku membuat kesilapan.

“Ingat kita bukan kawan lagi, kita sudah menjadi suami dan isteri, jadi jagalah adab bersama suamimu ini. Terima kasih kerana menerima baik burukku, semoga perkahwinan kita ini kekal hingga ke jannah!,” luahnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima lebih 30,000 yang d1susuli dengan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik.

Sementara itu menerusi platform sama, Nelysa turut memuat naik foto hari bahagia mereka berdua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "Dengan Sekali Lafaz TikTokers Terkenal Nelysa Norazlan Kini Sah Bergelar Isteri Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*