“Tak Boleh Upload Selalu, Nanti Orang Kata Try Hard, Melvat” – Izreen Azminda

Pelakon, Izreen Azminda mengakui bahawa dia tidak boleh memuat naik foto mesra bersama suami tersayang, Ude di media sosial kerana bimbang ia akan membuatkan ramai pihak berasa tidak selesa.

Bimbang ramai pihak tak selesa

Menerusi hantaran di Instagram, Izreen berkongsi foto bersama suaminya. Walau bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu tidak kerap memuat naik foto mesra kerana bimbang warganet mengatakan dia terlalu ‘mencuba’.

Sesekali tak apa lah. Takvt orang melvat.

Tak boleh (muat naik foto) nanti orang kata terlalu mencuba. Kita biar rileks. Biar sesuai dengan umur. Tenang-tenang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by I.z.R.e.e.N.a.z.M.i.n.d.A (@izreen.azminda)

Biarpun, terdapat peminat yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat, namun ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa wajah mereka seiras seperti pasangan kembar.

Muka sama korang berdua.

Muka sama. Cuba suruh ude pakai tudung mesti sama. Apa-apa pun semoga bahagia selalu.

Macam adik-beradik je.

Terdahulu, Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik tersebut yang ketika itu masih bergelar suami kepada Intan Liana Saleh. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mendapat dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 3, dan Ali Idrees yang dilahirkan pada 21 September 2021.

Manakala menerusi perkahwinan pertama dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia sembilan tahun.

‘Selalu sangat nak muntah rasa’

Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat serta ada yang yang mengatakan wajah mereka seiras.

Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid pada Ogos 2017.

 

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "“Tak Boleh Upload Selalu, Nanti Orang Kata Try Hard, Melvat” – Izreen Azminda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*