Baru-baru ini, hangat diperkatakan foto mesra penerbit tersohor, Datuk A. Aida meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pelakon, Wak Doyok sehingga timbvl $pekulasi mengatakan mereka sedang bercinta.
Memetik Kosmo, Aida berkata dia dan Wak Doyok adalah ‘BFF’ (Best Friend Forever). Aida turut menyifatkan Wak Doyok seorang yang penyayang dan kelakar selain berkerjaya serta bergaya.
“Hakikatnya kami memang sudah kenal bertahun-tahun, cuma beberapa bulan lalu persahabatan ini menjadi semakin rapat sampai boleh dikatakan sudah ke tahap BFF.
“Dia seorang yang sangat ‘caring’ dan penyayang. Kami boleh serasi kerana dia punya ‘sense of humor’ serta sangat mementingkan penampilan diri sama seperti saya.
View this post on Instagram
“Kami tahu ramai tertanya-tanya (sejauh mana hubungan), tapi apa yang boleh saya cakap doakan kami saja. Kalau ada jodoh, adalah,” katanya.
Menurut Aida, dia tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman solo serta anak-anaknya turut memberi pesanan kepadanya supaya mencari lelaki berkerjaya sebagai pasangan.
“Saya pernah $erik untuk membuka pintu ke alam perkahwinan semula selepas melalui beberapa kali fasa kehancvran rumah tangga, tetapi rasa f0bia itu kini semakin menghilang,” katanya.
Dalam pada itu, Aida berkata dia sedia maklum mengenai kenyataan ibu kepada Wak Doyok yang sebelum ini yang mahukan menantu anak dara dan menolak wanita berstatus janda.
“Memang saya tahu mengenai perkara tersebut. Sebab itu saya cuma mampu katakan biarlah semuanya saya serahkan soal kepada jodoh.
“Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, ada lah jodoh kami. Cuma saya pun masih belum bertemu dengan ibunya buat masa ini,” katanya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "“Tunggu Green Light Dari Ibu Wak Doyok, Kalau Ada Jodoh , Adalah…” – A. Aida"