Da’i Syed Dan Hana Ismail Sah Bergelar Suami Isteri, Lafaz Akad Dalam Bahasa Arab

Tahniah diucapkan buat pend4kwah selebriti Da’i Syed yang sah bergelar suami kepada pengacara, Hana Ismail dengan sekali lafaz kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Memetik mStar Online, majlis pernikahan diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan disaksikan oleh Penolong Pendafrar Perkahwinan Masjid Ibnu Mas’ud, Mohd Nazri Yacob.

Apa yang menariknya, pengantin lelaki dinikahkan menggunakan bahasa Arab. Da’i Syed turut menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas kepada pengantin perempuan, namun jumlah wang hantaran dirah$iakan.

Dalam pada itu, Da’i Syed meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya itu berjalan dengan lancar. Malah, pend4kwah itu tidak menyangka hari bahagia yang dinantikannya itu menjadi kenyataan.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu menguruskan perjalanan majlis.

“Memang berdebar menjelang hari pernikahan tapi pastinya saya amat gembira kerana kini sah bergelar suami,” katanya.

Difahamkan, pasangan pengantin akan diraikan dalam majlis kenduri yang akan diadakan di Shah Alam pada sebelah malam. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Da’i Syed Dan Hana Ismail Sah Bergelar Suami Isteri, Lafaz Akad Dalam Bahasa Arab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*